Enjin Berjaya Pikat Microsoft & Binance Dengan JumpNet

979

Dalam pendedahan terbaru, Enjin mengumumkan lebih 50 syarikat telah menggunakan blockchain JumpNet untuk menerbitkan non-fungible tokens (NFTs) atau ‘cryptocollectibles’ selepas pelancarannya dua minggu lalu.

JumpNet direka khas untuk NFT yang mana dibangunkan menggunakan standard token Ethereum, ERC-1155.

Antara firma yang terlibat: Microsoft, Binance, OKEx, Kriptomat, BlockDown, Ludena protocol, Lost Relics, Japanese VTubers, MyMetaverse, The Six Dragons, Beauty in the Streets, dan MetaverseMe.

Microsoft misalnya telah membangunkan beberapa NFT dikenali sebagai Azure Heroes di JumpNet. Manakala Binance, Kriptomat, dan OKEx mencipta koleksi peringatan dan peranti digital.

Enjin disokong oleh konsensus proof-of-authority berbanding mining. Ini bermakna ia berupaya untuk menjalankan transaksi tanpa melibatkan kos transaksi Ethereum yang tinggi dan had perlombongan.

Dengan mengurangkan kebergantungannya terhadap perlombongan Ethereum, platform itu dapat mengurangkan impak ekologikal. Enjin memberi jaminan pendekatan ini menggunakan 99% kurang tenaga berbanding Ethereum.

Enjin juga menyasarkan kerjasama dengan platform lain selain Ethereum. Antara yang terbaru, Enjin berjaya mengumpul dana sebanyak $18.9 juta daripada pelabur untuk membangunkan blockchain NFT, Efinity di Polkadot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat