Erdogan Meraih Kemenangan Dalam Pilihan Raya Turki

728

Pada hari Minggu (24/6/2018), Jurucakap kerajaan Turki mengumumkan bahawa Recep Tayyip Erdogan telah memenangi mandat baharu dalam pilihan raya Presiden negara itu.

Dengan selesainya hasil perhitungan undian, sekaligus telah menempatkan Erdogan sebagai peraih undi terbanyak lebih dari 50 peratus iaitu 52.5 peratus manakala pencabar utamanya, Muharrem Ince hanya meraih 31.7 peratus undi. Hal ini menjadikan ahli politik berusia 64 tahun itu sebagai pemenang dan terpilih sebagai Presiden bagi memimpin negara untuk lima tahun akan datang.

Setelah mendapat hasil pungutan undian, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah berucap di hadapa ribuan rakyat, “Keputusan tidak rasmi pilihan raya ini dengan jelas membuktikan bahawa saya, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai presiden.”

“Pilihan raya pada kali ini telah memberikan pesan yang jelas. Turki telah memberi pengajaran kepada seluruh dunia mengenai amalan demokrasi.” tambah Erdogan.

Pilihan raya Turki pada kali ini adalah yang pertama sejak Turki beralih kepada sistem pemerintahan bercorak presiden setelah referendum konstitusi April 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat