Eropah Berdepan Risiko Lockdown, Punca EUR/USD Menjunam 70 Pips

460

Mata wang Euro jelas pamerkan penyusutan pada dagangan Selasa semalam selepas media melaporkan kerajaan Perancis semakin hampir untuk melaksanakan langkah penutupan ekonomi negara mereka bagi membendung penularan pandemik susulan kes jangkitan harian meningkat mendadak.

Ucapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan menjadi tumpuan pada hari ini berkenaan tindakan kerajaan.

Turut menerima kesan peningkatan kes harian yang tinggi adalah di Amerika Syarikat (AS) dengan kebimbangan terus menyelubungi pasaran menjelang pilihan raya Presiden pada minggu hadapan.

Menjadi perhatian pelabur juga adalah isu pakej rangsangan ekonomi AS yang dijangka sukar untuk persetujuan dicapai sebelum pilihan raya. Malah, kenyataan Donald Trump juga yang mengatakan rakyat akan menerima pakej rangsangan terbaik selepas pilihan raya, menguatkan lagi perkara tersebut.

US dolar dilihat masih menunjukkan pengukuhan nilai, namun pelabur dijangka akan lebih berwaspada berdepan gelora pasaran sehingga dagangan bersambung ke minggu berikutnya.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah membaut penurunan semula ke bawah paras tumpuan 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan harian dicatatkan sekitar 70 pips dari paras ketinggian 1.18400 turun mencecah ke paras 1.17700 sehingga sesi New York berakhir.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia, namun penurunan lebih rendah akan dijangkakan pada sesi Eropah dan berikutnya.

Seterusnya, paras 1.17200 akan menjadi tumpuan sebelum penurunan yang diteruskan harga akan menguji semula zon support 1.16900.

Namun waspada jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1.18000 akan kembali diuji sementara paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan menjadi halangan untuk menentukan sama ada trend bullish sedang berlaku.

Kenaikan seterusnya akan menjadikan sasaran utama pada zon resistance 1.19000 yang masih belum dicapai untuk dagangan tempoh 6 minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat