Eropah Masih Sengsara Kerana Covid-19, Tetapi China Dah Mula Berpesta?

627

Eropah kini menghadapi fasa pandemik yang semakin buruk, terutama di Sepanyol, Britain dan Perancis, manakala China sedang mengadakan sambutan dalam percutian Minggu Emas pasca-coronavirus pertamanya, dengan ratusan juta bergerak di seluruh negara.

Menjelang tengah hari ini wabak itu telah membunuh sekurang-kurangnya 1,018,634 nyawa di seluruh dunia dan mencatatkan lebih dari 34 juta kes jangkitan.

Sepanyol, yang sedang berhadapan dengan gelombang kedua virus berkenaan, telah menguatkuasakan sekatan drastik di seluruh ibu kota, walaupun mendapat tentangan sengit dari pihak berkuasa Madrid, dan kebanyakan wilayah lain telah bersetuju untuk mengekang sekatan di kawasan yang cepat menular.

Madrid kini melaporkan sebanyak 780 kes jangkitan per 100,000 orang, berbanding hanya 300 per 100,000 di seluruh Sepanyol iaitu negara yang paling terjejas di Kesatuan Eropah.

Di Britain, ketua penasihat ilmiah, Patrick Vallance mendedahkan bahawa langkah yang diambil seperti penjarakan sosial gagal menurunkan jumlah kes jangkitan dan kemasukan ke hospital.

Seterusnya, pemerintah hari ini telah memperluas operasi ke Liverpool dan beberapa bandar lain di utara England, lebih daripada satu perempat negara dikuatkuasakan dengan sekatan yang lebih ketat.

Di samping itu, Perancis, terutama Paris, menghadapi kemungkinan sekatan baru setelah ibu kota tersebut melaporkan lonjakan kes jangkitan baru melebihi 250 per 100,000 orang.

Tambahan daripada itu, pemerintah Slovakia dan Czech sama-sama memutuskan untuk mengisytiharkan darurat, masing-masing mulai hari ini dan Isnin depan, untuk membendung penularan wabak berkenaan.

Sementara itu, bola sepak Itali mengalami tamparan hebat hari ini dengan penangguhan perlawanan hujung minggu Genoa menentang Torino kerana pasukan dan kakitangan di kelab Ligurian disahkan positif coronavirus. Perlawanan ini adalah yang pertama di Serie A yang ditangguhkan kerana wabak sejak kejuaraan bermula pada 19 September.

Manakala di China, yang didakwa menjadi punca kepada penulara wabak Covid-19 bermula akhir tahun lalu, sedang menikmati percutian Minggu Emas yang menandakan penubuhan Republik Rakyat pada tahun 1949.

Menurut seorang pegawai bank dari Beijing, rakyat China sedang melakukan perjalanan untuk bersuka ria dan ianya merupakan peluang keemasan buat mereka untuk bersantai setelah melalui fasa yang penuh dengan tekanan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat