Eropah Mengiktiraf Penggunaan Matawang Crypto Dalam Kalangan Pengguna?

222

Dalam ucapan Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde telah menyatakan bahawa industri matawang Crypto telah menjadi tumpuan utama sepanjang pandemik COVID-19 dengan rekod penggunaan mencatatkan peningkatan.

Bukan sekadar itu, Lagarde juga menyatakan sokongan kuat terhadap usaha ECB untuk menubuhkan bank pusat matawang digital (central bank digital currency, CBDC).

Terkini dilaporkan bahawa beberapa negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Belanda mengusulkan permintaan kepada Suruhanjaya Eropah untuk membuat peraturan yang ketat untuk matawang crypto yang didasarkan matawang crypto yang stabil seperti stablecoin bagi melindungi pengguna dan menjaga kedaulatan negara dalam dasar monetari.

Menteri kewangan dari lima negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mengatakan dalam satu kenyataan bersama pada hari Jumaat bahawa stablecoin tidak boleh dibenarkan beroperasi di blok Eropah sehinggalah ia sah disisi undang-undang dan dijamin selamat.

Stablecoin merupakan matawang crypto yang bersandar kepada aset traditional. Para ahli pentadbiran tersebut menggesa agar pengawalseliaan EU untuk stablecoin adalah selari dengan matlamat dasar monetari serta melindungi hak pengguna.

Suruhanjaya Eropah dijangka mengemukakan cadangan undang-undang pengawalseliaan matawang crypto pada akhir bulan ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat