Eropah Terancam! Bakal Jadi Pusat Pandemik Sekali Lagi?

2,841

Eropah bakal menghadapi musim sejuk yang sukar selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa benua itu sekali lagi menjadi pusat pandemik Covid-19 di tengah peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

Sebahagian besar Eropah sedang bergelut dengan lonjakan kes coronavirus, di mana Jerman pada hari Khamis telah melaporkan jumlah kes baharu harian tertinggi sejak pandemik itu bermula.

Dalam amaran terbaru pengarah serantau WHO untuk Eropah, yang terdiri daripada 53 negara di seluruh Eropah dan Asia Tengah, Dr. Hans Kluge mengatakan kadar penularan di seluruh wilayah adalah membimbangkan.

Minggu lalu, dengan hampir 1.8 juta kes dan 24,000 kematian baru dilaporkan, WHO menyaksikan peningkatan 6% dalam jangkitan dan kenaikan sehingga 12% dalam kematian berbanding minggu sebelumnya, kata Kluge.

Rantau itu menyumbang 59% dalam semua kes di seluruh dunia dan 48% daripada kematian yang dilaporkan minggu lalu, tambah beliau lagi.

Sekiranya ia berterusan begini, Kluge yang merujuk kepada satu unjuran yang boleh dipercayai, meramalkan setengah juta lagi kematian akan direkodkan di Eropah dan Asia Tengah menjelang Februari tahun depan dan pada masa yang sama, 43 negara di rantau ini akan menghadapi tekanan yang tinggi sehingga mencapai tahap kapasiti di hospital.

Dua sebab utama Kluge meramalkan angka yang tinggi di Eropah adalah kerana liputan vaksinasi yang tidak mencukupi dan kelonggaran langkah kesihatan dan sosial awam di benua itu.

Lonjakan drastik dalam kematian adalah pada minggu lalu di Rusia, di mana lebih 8,100 kematian telah direkodkan, manakala Ukraine pula dengan 3,800 kematian. Kedua-dua negara mempunyai kadar vaksinasi yang sangat rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat