Eropah Tidak Mahu Perjanjian Yang Tergesa-gesa! Apa Sudah Jadi Dengan Perjanjian Brexit?

341

Ketua perunding Brexit Kesatuan Eropah tampil mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan rundingan perdagangan. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan beliau memaklumkan bahawa rundingan kedua-dua belah pihak sudah sampai pada peringkat puncak yang berbaki hanya membuat keputusan ‘deal’ atau ‘no deal’ dan EU juga menyatakan prinsip mereka bahawa mereka tidak akan melakukan perjanjian yang tergesa-gesa.

Empat wakil diplomat menyatakan bahawa rundingan setakat ini masih belum ada sinar mencapai kata putus kerana perselisihan dalam isu hak perairan Britain, jaminan persaingan yang adil dan cara menyelesaikan pertikaian di masa hadapan.

Para pihak diplomat memberitahu bahawa bahawa hanya dalam kiraan hari sahaja untuk mengambil keputusan menjelang tarikh akhir pada 31 Disember. Menurut salah seorang diplomat, Michel Barnier enggan mengulas bilakah perjanjian mesti dibuat.

Namun David McAllister salah satu orang berkepentingan menyatakan perjanjian perlu dicapai dalam beberapa hari dan kemudian Majlis dan Parlimen akan menyelesaikan prosedur berbaki.

Tarikh akhir tempoh peralihan Brexit akan berakhir pada 31 Disember dan para menteri UK telah menolak gagasan untuk memperpanjangkan masa peralihan walaupun di himpit dengan isu wabak Covid-19.

Matawang pound dilaporkan susut 0.88% berbanding US dolar setakat jam 9.40 p.m pada paras tukaran 1.329.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat