ETH Catat Rekod Lonjakan Mingguan 23%, Bakal Meluncur Lebih Tinggi

388

Untuk kali pertama aset Ethereum (ETH) berjaya melepasi paras $500 pada Jumaat, melonjak kepada rintangan $511.

Pada Sabtu juga ETH kekal mengganas ke paras yang lebih tinggi, mengatasi rintangan $548 sebelum berada pada paras tertinggi dalam 30 bulan dan harga tertinggi sejak Jun 2018, $568.50 pada Ahad.

Ketika penulisan, ETH masih mengekalkan momentumnya dengan peningkatan harga kepada $579.

Ini bermakna paras rintangan terdekat dijangka berada pada $580 diikuti dengan rintangan pada paras $600. Jika aset ini berjaya melepasi dua rintangan tersebut, secara tidak langsung rintangan seterusnya di paras $620, $650 dan $675 pula akan menjadi tumpuan.

Pada Jumaat juga, harga Ethereum berbanding Bitcoin pada carta ETH/BTC pulih dari penyusutan paras terendah 6 bulan, 0.0265 BTC sebelum meningkat kepada 0.0295 BTC semalam yang menguji paras halangan 200-days EMA.

Lonjakan tersebut berjaya mendorong Ethereum melepasi rekod penyusutan dalam 3 bulan.

Para pembeli dilihat melonjakkan harga melangkaui paras 200-days EMA untuk menuju rintangan 0.03 BTC untuk mencapai paras rintangan pada 0.0305 BTC (100-days EMA).

Jika lonjakan berjaya melepasi rintangan 100-days EMA, rintangan pertama dijangka berada pada 0.313 BTC sebelum rintangan lebih tinggi, 0.032 BTC, 0.033 BTC dan 0.0337 BTC.

Penganalisis mengandaikan lonjakan berterusan harga ETH sepanjang minggu ini atas beberapa faktor termasuk pelancaran ETH 2.0, perkembangan platform DeFi (kewangan tidak berpusat) dan rintangan teknikal menuju $700.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat