ETH Catat Rekod Tertinggi 2020 Melepasi $650, Berpotensi Untuk Cecah $1,000

304

Ketika Bitcoin (BTC) memecah rekod all-time high melepasi nilai $22,000, Ethereum (ETH) turut mencipta sejarahnya, mencatat nilai tertinggi 2020.

Pada hari ini, pelabur ETH menarik nafas lega dengan lonjakan aset sebanyak 10% kepada $650.

Terdapat juga penembusan dengan rintangan sekitar $625 dan lonjakan di atas $650 sebelum bertahan di atas 100 simple moving average (SMA100).

Penembusan ke paras ATH sepanjang 2020 didorong oleh khabar dari Chicago Mercantile Exchange (CME) untuk melancarkan kontrak niaga hadapan ETH pada 2021. Permintaan tinggi dalam kalangan pengguna menyebabkan aset itu didagangkan di atas $650 pada hari ini.

Ketika penulisan, aset ETH menyaksikan sedikit penyusutan sebanyak 0.87% dalam 24 jam daripada nilai tertinggi, $653 kepada $643.

Sebelum ini CME turut melancarkan kontrak niaga hadapan Bitcoin pada Disember 2017 yang mana membawa aset Satoshi Nakamoto melonjak tinggi dalam sejarah.

Ketika ini, aset ETH dijangka penganalisis akan melonjak lebih tinggi melepasi $1,000 untuk kali pertama sejak 2017 susulan daripada keuntungan diraih sekurang-kurangnya 100% bagi setiap tiga tahu lalu.

Bagaimanapun, jika Ethereum gagal bertahan pada paras semasa, paras sokongan utama akan berada di $630 dan paras rintangan di $650.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat