ETH Kembali Bangkit Setelah Menjunam Ke Paras Terendah 14 Bulan

649

‘Seperti Pandalela yang terjun kemudian bangkit dengan membawa pulang emas.’

Pada 28 Mei lalu, mata wang Ethereum (ETH) telah membuat junaman terendah 14 bulannya mencecah pada $1,722.80.

Mengeruhkan lagi keadaan buat ETH yang masih kekal di belakang Bitcoin (BTC), menyaksikan tolok Indeks Ketakutan dan Ketamakan berada pada sisi ‘Ketakutan Melampau‘ dengan skor 23.

Setakat tempoh 24 jam pada 28 Mei lalu, ETH telah membuat lonjakan sebanyak 6.1% sungguhpun pada dasar mingguan mata wang kripto tersebut telah menurun sebanyak 7.5%.

Bagi dasar bulanan pula, ETH telah menyusut sebanyak 32.5% iaitu ke paras terendah dalam tempoh 14 bulan.

Menurut beberapa penganalisis, ETH menunjukkan untung-rugi yang ‘secara dramatik rendah‘ pada hujung minggu lalu dan perkara ini yang telah menyebabkan harganya menurun.

Sungguhpun begitu pada hari ini iaitu 30 Mei, setakat artikel ini ditulis ETH dilihat bangkit semula untuk berdagang pada $1,901.22 dengan volum dagangan sebanyak $14,376,217,770 atau lonjakan 6.77%.

Berdasarkan volum dagangan tersebut, permodalan pasaran ETH berada pada $230,686,476,971.

Satu berita yang mungkin menceriakan suasana adalah kemas kini utama yang dinanti-nantikan pengguna Merge.

Difahamkan bahawa Merge akan menggabungkan mainnet ETH dengan sistem rantaian suar proof-of-stake, yang akan mengakhiri proof-of-work bagi mata wang kripto itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat