Ethereum Bakal Lancarkan Naik Taraf Berlin Dengan 4 EIPs

392

Penambahbaikan Berlin dijadualkan bersiaran di mainnet Ethereum pada 14 April.

Bermula dengan upgrade testnet pertama Ropsten, yang dijadualkan pada 10 Mac. Disusuli dengan upgrade dalam seminggu terhadap rangkaian Goerli dan Rinkeby pada 17 Mac dan 24 Mac.

Operator nod Ethereum dinasihatkan untuk upgrade kepada versi Berlin secepat yang mungkin bagi tiga testnests dan mainnet sebelum 7 April.

Bagaimanapun pertukaran kripto (exchanges), penyedia perkhidmatan wallet dan pemilik token Ether (EHT) tidak perlu bertindak apa-apa bagi menampung versi terbaharu.

Sebanyak empat Ethereum Improvement Protocols atau EIPs akan diperkenalkan menerusi Berlin:
+ EIP-2565, mengurangkan kos kompilasi ModExp
+ EIP-2929, menaikkan beberapa kos gas
+ EIP-2718, memperkenalkan transaksi baru
+ EIP-2930, memasukkan satu jenis transaksi dengan senarai akses tertentu

Upgrade Berlin berlaku selepas Istanbul dan Muir Glacier yang berlaku pada Disember 2019 dan Januari 2020.

Upgrade semasa dikenali sebagai Devcon 0. Selepas fasa ini, Ethereum akan berhadapan dengan upgrade seterusnya, London. Pada masa itu, Devcon 1 akan berlaku.

Ketika penulisan, harga ETH telah menyaksikan lonjakan hampir 7% dalam 24 jam kepada $1,849.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat