Ethereum Cipta Rekod Tertinggi 2020, Intai Lonjakan Hingga $500

258

Ethereum mencatatkan rekod terbaru di paras tertinggi, berbanding $450 pada Ogos.

Dikatakan harga Ether melonjak daripada $220 hingga $445 dalam tempoh 5 minggu dan rekod pada kali ini merupakan lonjakan terbesar bagi altcoin sejak 18 bulan yang lalu.

Kini Ether didagangkan dengan harga tinggi melebihi $460, diikuti dengan keuntungan lebih daripada 9.6% untuk tempoh 24 jam.

Ini juga bermaksud kenaikan dagangan ETH/USD melebihi $500 dijangka berlaku pada September ini.

Sokongan dagangan melebihi nilai $460 juga akan memastikan tumpuan tetap kekal pada harga jangkaan $500.

Sementara itu, Bitcoin juga mula bergerak naik. Dikatakan selepas menyaksikan lonjakan menembusi lebih daripada $11,800, jangkaan seterusnya adalah pada $12,000.

Jika BTC berjaya melonjak melebihi $12,000 berkemungkinan akan bermulanya fasa kenaikan baru di seluruh pasaran matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat