Ethereum (ETH) ‘Kritikal’, Dijangka Susut Di Bawah $4,100

2,898

Ethereum (ETH) mencatatkan peningkatan 330% sepanjang tahun (YTD), didorong oleh pertumbuhan sektor kewangan desentralisasi (DeFi) dan non-fungible token (NFT).

Bagaimanapun, para pelabur bimbang jika Ethereum bearish didorong oleh pembetulan harga sebanyak 15% selepas menyentuh paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $4,870 pada 10 November.

Salah satu faktornya, penamatan pilihan Ether yang bernilai $550 juta pada 19 November.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $4,129, dan ada potensi untuk aset ini terus susut di bawah $4,100 menjelang penamatan pilihan. Pelabur menjangkakan keuntungan mencapai $140 juta.

Namun, jika pembetulan Ether adalah sebanyak 12% tiga hari lalu, kehadiran bullish akan melenyapkan kerugian $60 juta jika penamatan harga ETH berlaku di atas $4,200.

Beberapa faktor lain wajar menjadi perhatian, termasuklah perundangan yang masih belum ada kata putus dan telus, terutama di Amerika Syarikat (AS):

  • President’s Working Group on Financial Markets (PWG) telah terbitkan laporan berkaitan risiko stablecoins pada 1 November, menggesa kongres untuk keluarkan rangka kerja menggunakan bidang kuasa Securities Exchange and Commission (SEC) dan Commodity Futures Trading Commission (CFTC).
  • Penyelia undang-undang membantah perubahan terhadap peraturan pelaporan cukai untuk transaksi matawang kripto melebihi $10,000 di bawah rang undang-undang infrastruktur yang baharu.

Ekoran daripada itu, penganalisis berpendapat kerugian $140 juta, jika dapat dielakkan adalah jauh lebih baik memandangkan sentimen bearish utamanya berpunca daripada perundangan kripto yang ‘huru-hara’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat