Ethereum (ETH) Menjadi Aset Nombor 1 Di Singapura!

1,543

Singapura antara negara yang mengalu-alukan perkembangan industri kripto tanpa had. Dalam laporan State of Crypto di negara itu bagi 2021, corak pelaburan kripto dalam kalangan pelabur muda sehingga veteran menunjukkan pertumbuhan yang sihat.

Sebagai rekod, kajian tersebut melibatkan 4,348 individu dewasa, merangkumi usia 18 sehingga 65 tahun.

67% responden yang membuat pelaburan kewangan turut memasukkan pelaburan kripto ke dalam portfolio mereka. Manakala 2/3 responden mendedahkan pandemik COVID-19 telah meningkatkan minat mereka terhadap pelaburan kripto.

  • 81% responden yakin dengan pelaburan kripto kerana yakin potensi harganya untuk jangka masa panjang. 58% responden pula sekadar melabur untuk keuntungan jangka pendek, dan 43% responden menggunakan deposit matawang kripto untuk mendapatkan faedah.
  • Majoriti pelabur kripto di Singapura terdiri daripada golongan muda: 2,862 responden. Mengikut laporan, purata umur bagi pelabur kripto semasa ialah lelaki dewasa berusia 29 tahun dengan pendapatan isi rumah tahunan rata-rata sekitar S$51,968 (RM162,445). Sementara itu, hanya 1 daripada 5 pelabur kripto berusia 35 tahun atau lebih.
  • Berdasarkan jantina pula, hanya 1 daripada 5 pelabur kripto adalah wanita. Walaupun secara umumnya pelabur kripto wanita menjana pendapatan lebih tinggi berbanding lelaki, mereka cuma memiliki sejumlah kecil matawang kripto berbanding lelaki.
  • 64% responden mendedahkan lebih 5% portfolio pelaburan mereka adalah dalam kripto. 1 daripada 5 responden dalam kelompok usia 18 sehingga 24 tahun memiliki lebih 50% pelaburan di dalam kripto.
  • Sebanyak 34% responden bukan pelabur kripto mahu membuat pembelian kripto dalam 12 bulan akan datang. Faktor utama yang mengekang mereka dalam pelaburan ini adalah kerana tidak didedahkan dengan pemahaman kripto, selain daripada ketidakstabilan harga kripto, risikonya, dan kurang pengawasan peraturan dan perlindungan pelaburan.

Keseluruhannya, Ethereum (ETH) adalah aset kripto nombor satu di Singapura dengan jumlah pelaburnya sebanyak 78%, diikuti Bitcoin (BTC, 69%), dan Cardano (ADA, 40%).

Kajian tersebut mendapati majoriti wanita lebih selesa melabur di dalam XRP dan Polkadot (DOT), berbanding lelaki aset kripto Tether  (USDT) lebih popular.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat