Ethereum (ETH) Perlu Tembusi Tembok $3,000 Untuk Kembali Bernafas

1,224

Kripto dalam situasi ‘bubble’ yang bakal meletup. Ada kemungkinan Ethereum bakal atasi Bitcoin di masa depan”.

Kenyataan ini diperkatakan oleh pengasas Ethereum Vitalik Buterin ketika wawancara eksklusif bersama CNN Business. Beliau juga ada mengeluarkan pandangan mengenai kemerosotan yang sedang berlaku di dalam pasaran kripto ketika ini.

Vitalik Buterin dengan pegangan Ethereum sebanyak 325,000 ETH dengan nilai pasaran ketika ini berjumlah $895 juta telah susut sebanyak 35% daripada jumlah nilai pegangan yang pernah diperolehi sekitar $1.4 Bilion pada 12 Mei.

Beliau berpendapat bahawa pasaran kripto ketika ini akan lebih lebih cenderung ke arah ‘mainstream’ setelah kebanyakan institusi besar telah memasuki pasaran matawang kripto dan telah menerima kripto sebagai median pembayaran.

Buterin juga ada menjelaskan mengenai kesan pasaran kripto daripada setiap ciapan Twitter Elon Musk yang sering memberikan impak kepada pasaran kripto terutamanya Dogecoin, berkata pengaruh Elon Musk tidak akan kekal untuk selama-lamanya dan hanyalah sementara dalam memberikan sedikit kegilaan kepada pergerakan pasaran kripto.

Melihat kepada carta pergerakan harga ETH/USDT, paras $2,900 dilihat zon sukar untuk ditembusi setelah harga melonjak semula dari paras $2,000 yang dicecah.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon tersebut dijangka untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) sekitar harga $3,300 dan seterusnya menyambung trend kenaikan harga semula.

Sebaliknya, jika trend penurunan harga terus bersambung, harga berkemungkinan susut ke paras sekitar $2,500 yang dilihat sebagai paras tumpuan untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Sekiranya trend penurunan harga selepas ‘market crash’ minggu ini belum berakhir, pelabur bakal menyaksikan kejatuhan nilai lebih rendah ETH di bawah paras $2,000 senasib mata wang kripto yang lain.

Sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan, harga Ethereum bergerak mendatar di paras harga sekitar $2,900 – $2,500.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat