Ethereum Name Service (ENS) Cecah Nilai Pasaran $1 Bilion Selepas Airdrop!

713

Governance token atau dikenali sebagai token tadbir urus Ethereum Name Service (ENS) mencatatkan nilai pasaran di paras $1.15 bilion selepas pelancaran airdrop pada Isnin.

ENS tersedia pada 8 November walaupun Ethereum Name Service sebenarnya ditubuhkan pada 2016 sebagai projek sampingan pengasasnya, Nick Johnson.

Sejak Jun, ENS telah mencatatkan kadar lonjakan pendaftaran nama dengan rekod daftar masuk sebanyak 20,000 sebulan.

Secara tidak langsung, pertumbuhan positif itu turut mendorong peningkatan hasil sehingga ke paras $2 juta bagi 3/4 bulan yang lalu, termasuk November.

Apa itu Ethereum Name Service?

Secara ringkasnya, Ethereum Name Service adalah cara desentralisasi untuk mengakses internet.

Ia juga sebuah sistem nama domain bagi versi Web 3, cara untuk mengkategorikan internet dan memudahkan pengguna untuk membuah carian.

ENS tidak sama seperti DNS kerana ia menawarkan rintangan tapisan melalui domain-nya – .eth, dan juga boleh digunakan sebagai alamat untuk membuat transaksi aset berasaskan kripto.

State, yang berkhidmat untuk tadbir urus di Aave dan juga penyokong utama kepada projek itu memberi jaminan bahawa tidak mustahil jika ENS mampu menjadi asas kepada identiti web3 dan profil mudah alih yang boleh disambungkan kepada metaverse dan permainan.

Bagaimanapun, ketika penulisan ENS didagangkan pada $54.93, susut lebih 34% dalam 24 jam. Pada masa yang sama, nilai pasarannya juga telah susut kepada $802,178,945.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat