Etherium dan Bitcoin Meneruskan Junaman Pada Selasa

125

Harga Etherium meneruskan junaman pada Selasa dan kali ini jatuh sehingga 25% atau $60 kepada $176.00 setakat pukul 3.25 pm yang merupakan paras terendah bulan lalu.

Etherium ketika ini hampir merekod kejatuhan tiga minggu berturut-turut dengan kebimbangan terhadap fasa pembetulan harga (correction) selepas ia membuat rally ke paras tertinggi.

Dalam sesi dagangan Isnin, Etherium juga merekod kejatuhan sehingga 7.5% dan setakat ini matawang tersebut telah jatuh sehingga 55% sejak kali terakhir mencapai paras tertinggi hampir $400 pada pertengahan Jun.

Walaubagaimanapun ia masih mencatat kenaikan 2000% setakat ini pada 2017. Etherium hanya didagang dengan nilai $14.39 setahun yang lepas. Kini Etherium didagang di sekitar $183.07.

Bitcoin juga masih mengalami kesukaran dan telah jatuh 7% setakat pukul 4.09 pm. Bitcoin telah mencapai paras tertinggi $3,000 bulan lalu dan kini didagang di sekitar $2,338.

Selain daripada itu, beberapa cryptocurrency yang lain juga turut merasai tekanan seperti Litecoin dan Ripple dan masing-masing jatuh 9% dan 25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat