EU Bangkit Suarakan Isu Tarif A.S-EU, Apa Yang Sedang Berlaku?

185

Belum selesai dengan United Kingdom, Kesatuan Eropah kembali menuntut penyelesaian dari Amerika Syarikat (A.S). EU menyeru bahawa mereka mahukan A.S berkomitmen untuk mengakhiri tarif yang berkaitan dengan pesawat mereka pada minggu hadapan.

EU juga berharap Presiden Joe Biden, yang dijadualkan berada di Brussels untuk sidang kemuncak awal minggu depan akan mengotakan janji untuk menamatkan pengenaan tarif ke atas aluminium dan keluli sebelum Disember tahun ini.

Seorang pegawai EU, yang tidak mahu disebutkan namanya melaporkan bahawa EU sedang berusaha untuk ‘mendorong’ A.S untuk menyetujui penurunan tarif perdagangan seperti yang pernah dikemukan semasa pentadbiran Donald Trump.

Namun, setakat ini, tidak ada “tanda jelas” bahawa A.S. akan menandatangani apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh EU. Hubungan EU-AS telah mula terjejas semasa pentadbiran Trump apabila Trump sering mengkritik EU dan menyifatkan amalan perdagangan EU seperti China.

Trump telah mengenakan tarif bernilai $ 7.5 bilion pada produk Eropah setelah Pertubuhan Perdagangan Dunia memutuskan bahawa EU telah memberikan subsidi yang tidak adil terhadap Airbus. Tidak lama kemudian, EU juga mengenakan cukai bernilai $ 4 bilion ke atas produk A.S.

Disisi yang lain, presiden Trump memutuskan pada tahun 2018 untuk mengenakan tarif 25% pada produk keluli Eropah dan 10% tarif ke atas aluminium dengan alasan keselamatan nasional. EU pula telah mengenakan serangan balas dimana pusingan pertama tarif telah dikenakan bernilai 2.8 bilion euro ($ 3.4 bilion) dan satu lagi pusingan bernilai 3.6 bilion euro dijangkakan akan dikenakan pada bulan ini.

Walaubagaimanapun EU memutuskan untuk menghentikan pengenaan tarif pusingan kedua sebagai tanda niat baik ini memperbaiki hubungan perdagangan. Jika semuanya berjalan lancar pada sidang kemuncak maka ada harapan bahawa hubungan perdagangan AS-EU semakin baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat