EU Dan China Bakal Bergabung!

678

China dan Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir untuk mencapai perjanjian pelaburan perniagaan yang sudah lama dinantikan, menurut para pegawai Eropah pada hari Isnin.

Perjanjian yang dijangkakan akan diselesaikan minggu ini, akan memberi syarikat-syarikat EU akses yang lebih baik ke pasaran China dan memperbaiki syarat persaingan.

Perbincangan mengenai perjanjian pelaburan telah dimulakan sejak tahun 2014 tetapi terhenti selama bertahun-tahun kerana Beijing dikatakan gagal membuat janji untuk mengangkat sekatan ke atas pelaburan EU.

Bagaimanapun, disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China mungkin telah membantu mengubah kedudukannya dan mewujudkan kesepakatan antara Beijing dan Brussels, kata pegawai.

Di bawah perjanjian tersebut, China dilaporkan akan membuka sektor pembuatannya kepada syarikat-syarikat EU, serta pembinaan, iklan, pengangkutan udara, dan telekomunikasi.

Salah satu perkara penting ialah tuntutan China untuk akses ke pasaran tenaga EU, tetapi disebabkan kepekaan terhadap keselamatan negara, Eropah menawarkan Beijing akses untuk sebahagian kecil dari sektor tenga yang boleh diperbaharui secara timbal balik.

Selain itu, perjanjian ini juga dirancang untuk menghapuskan halangan pelaburan di China seperti keperluan usaha sama dan membatasi pemilikan asing dalam industri tertentu.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai perlindungan pelaburan berkemungkinan akan berlanjutan sehingga tahun depan dan akan diselesaikan kemudian menurut garis masa yang dipersetujui.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat