EU Mahu Undang-Undang Kripto Diperketatkan Melalui Pemantauan Agensi Baharu

245

Kesatuan Eropah (EU) bakal menubuhkan agensi baru bagi memerangi pengubahan wang haram, sekaligus memperkenalkan undang-undang ketelusan terhadap matawang kripto.

Cawangan eksekutif EU, European Commission bertanggungjawab mewujudkan Lembaga Anti-Pengubahan Wang Haram (Anti-Money Laundering Authority, AMLA) yang akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memerangi jenayah.

Antara cadangan yang akan diusul dari EU termasuklah pihak penyedia perkhidmatan kripto seperti pertukaran (exchanges) perlu mengumpul dan jadikan data bagi setiap transaksi dijalankan dapat diakses.

Pihak penyelia mengambil serius terhadap perkara ini memandangkan buat masa sekarang aktiviti pemindahan aset digital tidak termasuk dalam undang-undang kewangan EU, menyebabkan para pelabur kripto terdedah dengan risiko aktiviti penyelewengan wang dan pembiayaan keganasan tanpa perundangan menyeluruh.

Keputusan yang diambil ada kaitan dengan siasatan terhadap Danske Bank pada 2018. Dilaporkan bank tersebut telah menyeleweng sejumlah wang sekitar $227 bilion dalam transaksi melalui cawangan Estonian pada 2007 dan 2015.

Walaupun secara kasarnya kes tersebut tidak ada kaitan dengan matawang kripto, aset digital tetap berada di bawah AMLA. EU percaya transaksi wang haram dapat dilakukan melalui pemindahan aset kripto.

Beberapa buah negara EU sudah mula mengenakan undang-undang kripto terutama dalam isu berkaitan penyelewengan wang. Salah satunya United Kingdom (UK) telah menghentikan operasi Binance pada bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat