EU Perlu Berani, Jangan Takut Dengan China!

328

Menteri Negara Kesatuan Eropah (EU), Jerman, Michael Roth memberi amaran tegas dan menyaran anggota EU untuk lebih berani mendesak China termasuk langkah memulaukan negara itu berikutan daripada gerakan politik Beijing di Hong Kong, berkuatkuasa pada 1 Julai lalu.

Ini bermakna Berlin pada tahun ini akan menfokuskan kepada usaha EU untuk menentang Beijing yang menjadi punca kepada perpecahan blok berkenaan.

Selain itu, Roth turut menggesa anggota EU untuk mengutamakan pembekal domestik bagi peranti mudah alih 5G berbanding Huawei Technologies.

Bagi Jerman, China merupakan pesaing sistematik, berdasarkan sistem pemerintahan autokratik yang telah mencabar nilai asas Eropah.

Justeru, menurut Roth anggota EU tidak perlu takut untuk ‘berpisah’ dari China terutama apabila melibatkan situasi sukar seperti hak kemanusiaan, keselamatan dan teknologi.

Berdasarkan hubungan EU dengan China, mereka diberi hak untuk menyatakan kepentingan mereka dan memupuk kerjasama yang erat dalam menyelesaikan masalah bersama.

Untuk pengetahuan, hubungan EU dengan China sangat rumit. China dikenali sebagai rakan kongsi yang penting bagi EU dan kejayaan mereka juga tidak dapat dinafikan bergantung kepada China terutama melibatkan isu dunia seperti menangani epidemik dan perubahan cuaca serta menyelesaikan masalah negara tetapi juga merupakan pesaing perdagangan.

Tindakan Beijing melanggar hak asasi manusia di Xinjiang, tuntutan wilayah di Laut China Selatan dan tuntutan kuasa Hong Kong, telah mendorong EU untuk mempertimbangkan semula kewajaran perjanjian dengan Hong Kong.

Secara tidak langsung, tindakan EU itu merupakan isyarat jelas kepada Beijing; tiada urusan perdagangan seperti sebelum ini. Hong Kong juga pada waktu yang sama akan menjadi pengukur kredibiliti China sebagai rakan antarabangsa yang boleh dipercayai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat