EU Putuskan Had Harga Minyak Rusia! Putin OK ke?

326

Setelah berbulan-bulan perbincangan berjalan, Kesatuan Eropah (EU) secara tentatif bersetuju mengenai had harga $60 setong bagi minyak Rusia (yang dihantar melalui laut) dengan mekanisme pelarasan untuk mengekalkan had pada 5% di bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut masih memerlukan persetujuan daripada semua kerajaan EU dalam prosedur bertulis menjelang hari Jumaat.

Poland, yang menyokong tindakan yang lebih keras belum memberi kelulusan terhadap perjanjian itu dan perbincangan dijangka akan diteruskan hari ini.

Pengenaan had harga ke atas minyak Rusia adalah bertujuan untuk mengurangkan pendapatan Kremlin yang dijadikan sebagai dana peperangannya di Ukraine.

Ia juga untuk menghalang impak kepada lonjakan harga minyak global selepas sekatan EU terhadap  minyak mentah Rusia yang berkuat kuasa pada 5 Disember.

Ekoran itu, ia membolehkan negara-negara terus mengimport minyak Rusia menggunakan insurans dan perkhidmatan maritim Barat selagi mereka tidak membayar harga lebih daripada had yang dipersetujui.

Cadangan awal G7 minggu lepas adalah untuk had harga $65-$70 setong tanpa mekanisme pelarasan.

Seorang pegawai kanan G7 berkata perjanjian adalah ‘sangat, sangat hampir’ dan harus dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang dan selewat-lewatnya pada hari Isnin.

Beliau juga yakin bahawa langkah ini akan membataskan keupayaan Rusia untuk berperang melawan Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat