EU Tak Risau, Dah Jumpa Cara Kurangkan Guna Tenaga Rusia

1,168

Kesatuan Eropah (EU) mempergiatkan usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga Rusia dengan meminta rakyatnya menurunkan penggunaan tenaga.

Dengan pelan yang dinamakan ‘Playing My Part’, ia menggesa rakyat untuk mengurangkan pemanduan dan penggunaan penghawa dingin serta bekerja dari rumah tiga hari seminggu.

Langkah-langkah ini juga dikatakan dapat menjimatkan kos isi rumah biasa sehingga €450 setahun, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Eropah memberitahu bahawa tidak dapat mencari bekalan alternatif, oleh itu mereka meminta rakyat untuk menyesuaikan gaya hidup mereka.

IEA menganggap bahawa jika setiap rakyat mengikut cadangannya, ia boleh menjimatkan 220 juta tong minyak setiap tahun yang cukup untuk mengisi 120 kapal tangki yang besar.

Selain itu, ia juga akan menjimatkan 17 bilion meter padu gas, di mana cukup untuk memanaskan hampir 20 juta rumah.

Pada bulan Mac, EU telah mengumumkan rancangan untuk menjadikan blok itu bebas daripada import tenaga Rusia menjelang 2030. Namun, Menteri Tenaga Jerman, Christian Lindner memberitahu bahawa adalah mustahil untuk menghentikan impoort minyak serta-merta.

Dalam pada itu, Austria telah mengurangkan semua tambang pengangkutan awamnya dan memperkenalkan program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah menggantikan peralatan lama yang tidak cekap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat