EU & UK ‘Berperang Vaksin’

293

Kesatuan Eropah (EU) mungkin menyekat eksport vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer ke United Kingdom (UK) untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk negara-negara anggotanya.

Lapor Bernama memetik surat Presiden Majlis Eropah, Charles Michel sebagai berkata, EU sedang mengkaji untuk melaksanakan langkah-langkah segera bagi memastikan pengeluaran dan bekalan vaksin yang efektif kepada para penduduk EU.

‘Perang vaksin’ telah tercetus dengan keputusan syarikat AstraZeneca untuk menjamin bekalan ke UK selepas menunda penghantaran ke EU kerana masalah pengeluaran.

London telah memesan 40 juta dos vaksin Pfizer namun penghantarannya kini menjadi ancaman.

“Ini boleh menyebabkan EU dan negara-negara anggotanya mengambil langkah undang-undang, dengan menerima pakai langkah-langkah segera yang sesuai, untuk memastikan pengeluaran dan bekalan vaksin yang efektif kepada penduduk kita,” kata Michel dalam surat itu yang mengulas kemungkinan mengenakan larangan eksport.

Tambah Michel, beliau telah mengusulkan cadangan ini kepada Presiden Suruhanjaya Eropah iaitu Ursula von der Leyen.

Dalam pada itu, lapor Politico semalam, EU pada hari ini telah memutuskan untuk memperkenalkan satu mekanisme yang membolehkan negara-negara anggotanya menyekat eksport vaksin di seluruh dunia.

Rancangan itu dilaporkan membayangkan EU akan memberikan kebenaran khas untuk membolehkan eksport vaksin.

Blok tersebut hanya memberi kebenaran setelah memastikan pengeluar telah menghantar tempahan dos vaksin kepada negara-negara anggota sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian dibuat sebelum ini.

Negara-negara miskin dan mekanisme antarabangsa COVAX akan dikecualikan daripada syarat kebenaran itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat