EUR/AUD Kembali Mencatatkan Kenaikan Selepas Gagal Menembusi Support 1.58100 Semalam

609

Antara pasangan matawang yang bergerak aktif pada dagangan hari ini adalah EUR/AUD di mana data ekonomi China pada sesi pasaran Asia memberi kesan terhadap Aussie sementara pada sesi Eropah pula, tumpuan adalah pada data ekonomi pada zon Eropah yang memandu arah pergerakan dolar Euro.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada EUR/AUD hari ini, harga telah melonjak pada awal sesi pasaran Asia didorong oleh kelemahan pada nilai matawang dolar Australia yang terkesan oleh data perkilangan di China yang mencatatkan bacaan yang lemah.

Harga telah melonjak dari paras Magic Pivot 1.5837 sehingga ke paras resistance 1.5884 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Pergerakan harga kemudiannya mendatar sementara pasaran menantikan data-data ekonomi pada zon Eropah pula.

Pembukaan sesi Eropah hari ini masih menunjukkan data-data ekonomi yang kurang memuaskan khususnya di Perancis dan Jerman. Namun, data ekonomi di Itali yang menyusul kemudiannya sedikit memberikan bacaan yang positif dan menyokong dagangan Euro untuk kembali mendapatkan semula momentum pengukuhan harga.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga akan melepasi paras resistance pada 1.5914 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line sebelum menguji paras ketinggian pada 1.59600 pada dagangan sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support pada 1.58100 semalam akan kembali diuji untuk harga cuba menembusi paras tersebut.

Jika paras support tersebut berjaya ditembusi, penurunan harga dijangka akan diteruskan menuju ke paras support 1.5772 (MagicS3). Momentum penurunan yang berjaya dikekalkan mampu mendorong harga untuk turun lebih rendah sehingga mencecah ke paras sekitar 1.57000 yang masih gagal ditembusi harga sepanjang dagangan April.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/AUD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.5819, 1.5789, 1.5772.

Paras resistance: 1.5867, 1.5884, 1.5914.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat