EUR/JPY Akhirnya Berubah Arah Semula Minggu Ini!

107

Perubahan arah harga dapat disaksikan pada carta pasangan mata wang EUR/JPY jika dibanding pada minggu ini dengan minggu lalu.

Sepanjang minggu lalu, pelabur menyaksikan corak penurunan berterusan harga dari awal minggu pada Isnin sehingga Khamis, namun pada penutup dagangan minggu lalu pada Jumaat barulah harga mula menukar arah membuat kenaikan semula.

Mata wang Euro yang bergerak berlawanan dengan US dolar mula memaparkan kenaikan ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu diterbitkan dengan bacaan bulan Oktober yang mengecewakan.

Setelah berjaya melonjak pada penghujung minggu, Euro mengekalkan rentak positif tersebut bersambung pada pembukaan awal minggu semalam disokong pula oleh terbitan data pengeluaran perindustrian Jerman yang memberangsangkan untuk bulan September.

Sementara, mata wang Yen pula mengikut rentak sentimen pasaran semasa yang lebih cenderung ke arah risk-on, namun pelabur kekal waspada untuk sebarang ketidaktentuan yang boleh melanda ketika tumpuan sedang terarah kepada terbitan data inflasi AS pada Khamis ini.

Pada minggu lalu, harga pada carta EUR/JPY sudah mencecah ke zon support 144.00, namun telah berjaya melantun semula di atas paras 145.00.

Malah, harga juga menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut untuk memberi isyarat perubahan trend bullish susulan penurunan harga sebelum itu gagal diteruskan.

Dagangan Isnin semalam masih menyaksikan kenaikan diteruskan lebih tinggi setelah pembukaan harga di sekitar 145.700 hingga mencapai ketinggian sekitar 147.00 di penghujung sesi New York.

Walaupun menyambung pergerakan yang lebih mendatar pada hari ini (Selasa) sehingga ke sesi Eropah, pasaran melihat kecenderungan harga untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Namun, terdapat halangan pada zon 147.700 yang perlu dihadapi oleh harga sebelum paras ketinggian 148.300 pula seterusnya yang dilihat bakal diuji.

Kenaikan lebih tinggi kemudiannya berpotensi untuk mencapai sehingga 150.00 sekiranya pergerakan trend bullish itu dikekalkan.

Sebaliknya, jika harga berubah harga membuat penurunan semula, paras 145.00 akan kembali dituju dengan jangkaan paras sokongan MA50 juga turut akan dilepasi.

Zon support pada 144.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji setelah beberapa kali zon tersebut berjaya melantunkan semula harga sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat