EUR/JPY Bakal Catat Paras Tertinggi Terbaru Selepas 2018?

386

Sentimen pasaran kian memulih dengan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) meningkat sementara US dolar susut selepas memberi reaksi terhadap komen oleh ahli Federal Reserve (Fed) Lael Brainard yang dilihat menyokong polisi longgar.

Yen Jepun sebagai mata wang safe-haven juga turut bergerak lemah dalam situasi pasaran pulih atau positif.

Sementara mata wang utama lain kembali mendapat kelebihan untuk didagangkan meningkat apabila US dolar melemah dan kurang memberi tekanan.

Seperti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY, mata wang Euro sedikit mengukuh dan meningkatkan harga lebih tinggi semula pada sesi Eropah semalam selepas bergerak mendatar pada sesi Asia sebelumnya berbanding Yen.

Pergerakan mendatar harga di atas paras 132.500 pada zon RBS (resistance become support) itu telah melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberikan isyarat untuk harga meneruskan trend kenaikan.

Bersambung pada dagangan Selasa, harga mendatar di sesi Asia dan menguji paras ketinggian harian dicapai semalam sekitar 133.00.

Jangkaan kenaikan yang diteruskan akan menguji paras rintangan 133.400 yang telah dicapai minggu lalu. Paras tersebut adalah yang tertinggi dicapai harga sejak April 2018 yang lalu.

Namun pelabur berwaspada untuk situasi kejatuhan harga pada carta EUR/JPY selepas harga mula mendatar selepas trend bullish harga untuk beberapa minggu sebelum ini.

Untuk situasi penurunan harga, zon RBS 132.500 akan diuji dan penurunan di bawah zon tersebut akan menguatkan jangkaan untuk trend bearish harga bermula.

Penurunan lebih rendah boleh dijangkakan untuk ke zon sokongan harga sekitar 131.700 atau support 131.00 untuk penurunan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat