EUR/JPY ‘Berehat’ Selepas Capai Paras Tertinggi Lebih 3 Tahun

223

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY mula pamerkan corak penurunan bermula pada penghujung minggu lalu lagi.

Jika diperhatikan, siri kenaikan harga sebelumnya terhalang pada zon rintangan 134.200 pada minggu lalu sebelum penurunan harga mula berlaku menjelang laporan pekerjaan NFP Jumat lalu.

Kenaikan harga pada minggu lalu juga telah merekodkan paras tertinggi yang dicapai sejak dagangan Februari 2018.

Dengan reaksi kejatuhan nilai US dolar selepas laporan NFP tersebut bakal menjangkakan corak penurunan harga pada carta EUR/JPY akan berterusan lagi pada dagangan yang bersambung minggu ini.

Berkemungkinan pergerakan bagi mata wang Euro agak terhad pada minggu ini sementara pelabur berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat polisi oleh bank pusat European Central Bank (ECB).

Selepas mencecah paras terendah harian sekitar 132.900 semalam, kenaikan harga dilihat bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga lebih tinggi melepasi 133.400 akan dilihat sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish harga semula.

Untuk kenaikan harga yang diteruskan, zon rintangan 134.200 akan kembali diuji semula untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 tahun.

Namun jika harga sekadar menguji zon rintangan tersebut dan menyambung penurunan semula, paras tumpuan harga terlihat pada sekitar 132.500 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut berkemungkinan akan menuju zon tumpuan berikutnya sekitar 131.800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat