EUR/JPY Bolos Lebih Tinggi, Catat Ketinggian Terbaru 6 Minggu

169

Walaupun gagal menahan tekanan oleh pengukuhan US dolar, namun mata wang Euro berjaya pamerkan prestasi cemerlang berbanding Yen.

Ini dapat diteliti menerusi pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY di mana harga masih mengekalkan corak kenaikan pada trend bullish bersambung pada minggu ini.

Setelah data inflasi Eropah yang diterbitkan semalam memaparkan angka bacaan yang meningkat, pelabur semakin teruja meletakkan harapan untuk melihat bank pusat Eropah (ECB) melaksanakan kenaikan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh lebih 1 dekad.

Sementara mata wang Yen pun dilihat gagal untuk mengukuh walaupun dalam suasana pasaran yang kembali berisiko di mana pada kebiasaannya akan memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven itu.

Ini didorong oleh kebimbangan terhadap ekonomi Jepun buat waktu ini selepas bank pusat Jepun (BOJ) dilihat gagal untuk meningkatkan inflasi dalam mengimbangi ekonomi negaranya. Malah, data pekerjaan Jepun yang diterbitkan semalam juga gagal menyuntik pengukuhan Yen.

Pada awal minggu, harga pada carta EUR/JPY berjaya memacu tinggi melepasi paras 136.600 iaitu paras rintangan harga pada minggu lalu.

Corak kenaikan harga diteruskan pada dagangan Selasa semalam walaupun terdapat penurunan pada mulanya di sesi Asia.

Namun harga berjaya menyambung semula kenaikan sehingga ke penghujung sesi New York sehingga ke paras ketinggian 138.200.

Pelabur masih menilai isyarat bullish kekal pada carta harga dengan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menyokong harga untuk meneruskan kenaikan.

Momentum lebih perlahan pada dagangan hari ini (Rabu), namun masih menunjukkan kenaikan harga sehingga ke awal sesi Eropah.

Sasaran kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju ke zon 140.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Zon tersebut merupakan rintangan harga yang pernah diuji pada pertengahan April lalu dan berkemungkinan kenaikan yang diteruskan pada minggu ini akan memberi reaksi menarik pada zon itu.

Sementara, untuk jangkaan penurunan pula, zon sekitar 137.500-136.600 dilihat akan diuji dan boleh menjadi zon sokongan untuk harga meningkat semula.

Susut di bawah 136.600 akan memberi isyarat bearish untuk harga membuat kejatuhan lebih rendah semula.

Sasaran untuk penurunan jangka panjang harga boleh mencecah sehingga ke zon support sekitar 133.500.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat