EUR/JPY Kecundang Lagi, Gagal Tembus Rintangan Minggu Lalu

195

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY menuju penghujung minggu ini memaparkan perubahan arah harga menurun semula selepas cubaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Pelabur sebelum ini menjangkakan kenaikan lebih tinggi bakal berlaku ekoran mata wang Yen dilihat akan terus bergerak lemah selepas bank pusat Jepun mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Namun, penurunan harga telah berlaku semula didorong oleh terbitan data sektor ekonomi Eropah yang diterbitkan semalam menunjukkan angka yang merosot, menambah kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi.

Corak kenaikan harga pada awal minggu ini yang menyambung trend bullish pada minggu sebelumnya dilihat telah menguji zon rintangan pada 144.00 yang turut gagal ditembusi pada minggu lalu.

Situasi sama berulang apabila harga yang sekali lagi gagal menembusi rintangan tersebut pada cubaan kenaikan harga Rabu lalu, kembali paparkan penurunan semula pada Khamis sebagai isyarat mengakhiri trend bullish.

Turut memberi petunjuk bagi perubahan trend bearish semula, harga telah bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY dengan penurunan telah mencecah ke paras sekitar 141.400.

Pergerakan harga mendatar pada dagangan yang bersambung hari ini (Jumaat) di sekitar paras 142.00 sepanjang sesi Asia ke sesi dagangan Eropah.

Sekiranya harga meneruskan penurunan lebih rendah sebelum penutup sesi dagangan terakhir minggu ini, berkemungkinan harga boleh mencecah semula ke zon tumpuan pada 140.00.

Untuk sasaran penurunan lebih rendah harga adalah pada sekitar 138.00 iaitu paras terendah harga pada dagangan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk pergerakan bullish harga semula.

Kenaikan yang dteruskan sekali lagi akan menguji rintangan pada zon 144.00 sebelum mensasarkan pula pada ketinggian terbaru pada 145.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat