EUR/JPY Kembali Membuat Kenaikan Semula Setelah Gagal Tembusi Support 122.500

256

Matawang Euro didagangkan meningkat pada awal pembukaan sesi Eropah sementara menantikan data sentimen ekonomi tinjauan ZEW di Jerman yang akan dikeluarkan pada jam 5.00 petang.

Ahli penggubal dasar European Central Bank (ECB), Francois Villeroy de Galhau dalam ucapannya sebentar tadi mengatakan penetapan polisi pada bulan Mac adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Dilihat dagangan Euro berbanding Yen, harga pada EUR/JPY hari ini mula menunjukkan lonjakan kembali pada sesi Asia hari ini setelah gagal menembusi support 122.500 yang telah diuji pada minggu lalu.

Lonjakan tersebut didorong oleh komen positif oleh Presiden Donald Trump yang mengatakan bahawa rundingan dagang bakal mencapai persetujuan perjanjian dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kenyataan yang seakan ingin meredakan ketegangan yang melanda nyata memberikan reaksi positif oleh pasaran. Namun matawang safe-haven sebaliknya akan kembali melemah dalam suasana pasaran yang semakin pulih berikutan pelabur mula beralih ke arah yang lebih berisiko dan berpulangan tinggi.

Harga yang membuat kenaikan telah melepasi paras Magic Pivot 122.876 hari ini sehingga ke paras resistance pada 123.206 (MagicR1). Harga masih dilihat bergerak di bawah zon SBR (support become resistance) pada 123.500.

Jika harga meneruskan kenaikan melepasi zon SBR tersebut, kenaikan harga seterusnya dijangka akan cuba mengatasi paras resistance MagicR2 dan resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line sebelum menguji zon SBR pada 124.300.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan dan seterusnya berjaya breakout zon support 122.500 sebelum ini, harga bakal meneruskan penurunan  ke paras terendah yang baru dan mampu mencecah ke paras sekitar 121.394 (MagicS3).

Penurunan tersebut bakal mencatatkan sekitar 150 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 122.300, 121.970, 121.394.

Paras resistance: 123.206, 123.782, 124.112.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat