EUR/JPY Lanjutkan Penurunan Ke Paras Terendah Terbaru 5 Minggu

173

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY pada Rabu semalam antara yang mencuri tumpuan pelabur semalam apabila telah mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru 5 minggu.

Mata wang Yen yang sebelum ini didagangkan lemah berkemungkinan mendapat suntikan pengukuhan semula dari faktor sentimen pasaran yang semakin berisiko di mana memberi kelebihan terhadap mata wang safe-haven seperti US dolar.

Sementara mata wang Euro pula terus mengalami kejatuhan nilai yang ketara pada minggu ini didorong oleh kebimbangan kemelesetan ekonomi Eropah berikutan risiko industri tenaga yang terjejas kesinambungan daripada krisis bersama Rusia.

Namun, penganalisis melihat terdapat peluang untuk Euro kembali meningkat semula jika tumpuan pelabur mula beralih kepada langkah pengetatan dasar monetari yang bakal dilaksanakan oleh European Central Bank (ECB) pada mesyuarat Julai ini.

Memantau pergerakan pada carta EUR/JPY minggu ini, harga telah membuat penurunan drastik pada Selasa lalu selepas kenaikan yang dipaparkan sebelumnya mencapai paras sekitar 142.300.

Namun harga telah menjunam melepasi zon tumpuan 140.00 dan menyambung lagi penurunan lebih rendah pada dagangan Rabu semalam.

Penurunan harga pada sesi Eropah semalam telah berjaya mencecah paras 137.500 untuk rekod terendah terbaru 5 minggu sebelum harga sedikit meningkat semula pada dagangan sesi New York.

Bersambung pada dagangan hari ini (Khamis), kenaikan dilihat masih diteruskan sehingga ke awal sesi Eropah namun pada kadar yang perlahan.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diuji untuk harga berikan petunjuk untuk lanjutan pergerakan seterusnya.

Sekiranya harga berjaya melepasi halangan MA50 tersebut, berkemungkinan kenaikan boleh diteruskan untuk menuju ke zon 140.00 yang dilihat akan membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru.

Sebaliknya jika harga kembali menunjukkan petanda untuk menyambung corak penurunan sebelum ini, zon support pada 137.500 akan terus diuji untuk ditembusi.

Sekiranya harga meneruskan penurunan melepasi support tersebut, harga boleh mencecah sehingga jangkaan sekitar 134.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat