EUR/JPY – Pair Yang Dilihat Berpotensi Cetak Keuntungan Hari Ini

698

Matawang safe-haven sedang memanfaatkan dagangan waktu ini berikutan sentimen berisiko pasaran membuatkan pelabur lebih berhati-hati.

Selain kebimbangan hubungan AS-China akan kembali meningkat setelah penjualan senjata api AS ke Taiwan, laporan berkenaan ujian klinikal vaksin oleh Johnson & Johnson yang dihentikan sementara turut menambahkan risiko dagangan semasa.

Pasaran saham Asia dibuka ‘merah’ dengan jangkaan pasaran saham AS juga turut terjejas.

Dengan itu, US dolar dan Yen Jepun dilihat menempatkan diri dalam kelompok matawang yang meraih keuntungan sejak sesi New York semalam.

Meneliti pergerakan harga pada carta EUR/JPY, harga telah pamerkan corak penurunan untuk hari ketiga selepas siri kenaikan harga minggu lalu mencapai paras ketinggian 125.00.

Faktor penurunan harga turut didorong oleh pergerakan lemah Euro susulan sekatan pergerakan ditingkatkan semula di Eropah untuk membendung gelombang pandemik Covid-19.

Pada awal dagangan minggu ini, harga telah buat penurunan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal permulaan trend bearish.

Penurunan diteruskan pada dagangan semalam melepasi zon SBR (support become resistance) 124.300 dengan penurunan ketara harga susulan pengukuhan Yen.

Pada dagangan hari ini, penurunan diteruskan di sesi Asia namun kenaikan semula harga dilihat bersambung di awal sesi Eropah.

Namun, pelabur masih melihat arah pergerakan EUR/JPY untuk ke paras lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) 123.100.

Penurunan lebih rendah pula akan menguji zon support pada 122.500 yang gagal ditembusi pada dagangan penghujung September lalu.

Data pengeluaran perindustrian Eropah yang akan diterbitkan pada jam 5 petang waktu tempatan, akan turut mempengaruhi pergerakan Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat