EUR/JPY Tunjuk Penurunan Harga Susulan Komen Dovish Timbalan Presiden ECB

228

Sesi pasaran Eropah hari ini memberi tumpuan terhadap data-data ekonomi di zon Eropah dengan bacaan keseluruhan agak mengecewakan dan memberi tekanan buat matawang dolar Euro.

Data jualan runcit di Jerman untuk September mencatatkan angka 0.1% lebih baik dari sebelumnya namun gagal mengatasi jangkaan kenaikan 0.3% oleh pasaran.

Sementara bacaan awal bagi indeks harga pengguna di Perancis untuk Oktober masih rendah di paras -0.1% juga gagal mengatasi jangkaan kenaikan 0.1%.

Bacaan pertumbuhan GDP di Sepanyol untuk suku ketiga kekal di paras 0.4%. Turut memberi tekanan pada Euro apabila kadar pengangguran bulanan di Itali mencatatkan kenaikan kepada 9.9% berbanding jangkaan kenaikan 9.6% oleh pasaran, jauh lebih tinggi dari bacaan 9.5% terdahulu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY, harga yang membuat kenaikan semalam menguji zon resistance pada ketinggian harga 121.400 pada penghujung sesi New York dan juga pada sesi Asia hari ini. Namun harga gagal menembusi zon resistance tersebut sebelum membuat penurunan semula.

Dagangan Yen Jepun turut menjadi perhatian hari ini berikutan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun diumumkan pada sesi Asia. Bank of Japan (BOJ) masih mengekalkan kadar faedah di paras -0.10% untuk mesyuarat edisi Oktober.

Sementara menantikan bacaan data inflasi tahunan zon Eropah dan kadar pengangguran yang akan diterbitkan pada jam 6 petang, Euro mula menunjukkan pergerakan drastik harga susulan komen oleh Timbalan Presiden European Central Bank (ECB), Luis De Guindos yang bernada dovish.

Dalam komen beliau, pertumbuhan perlahan zon Eropah mula memberi kesan terhadap pasaran buruh dan polisi monetari semasa masih belum mencapai had sasaran bank pusat.

Harga kembali turun ke paras tumpuan harga pada 121.000 menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Dengan momentum penurunan harga, paras support pada 120.400 dilihat sebagai destinasi yang dituju harga yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras resistance 121.400 bakal ditembusi harga sebelum harga mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat