EUR/JPY Tunjukkan Penurunan Susulan Data Tinjauan Zew Dikeluarkan

291

Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/JPY minggu ini lebih perlahan selepas kenaikan ketara harga ditunjukkan pada minggu lalu ekoran perkembangan positif rundingan dagang AS-China telah melemahkan matawang Yen dalam pasaran.

Pelabur masih memantau rapi perkembangan rundingan dagang pada minggu ini untuk menjangkakan sebarang perubahan sentimen pasaran semasa yang turut memberi kesan terhadap aliran pelaburan aset safe-haven.

Matawang dolar Euro pada sesi Eropah hari ini menunjukkan sedikit penurunan selepas data tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman dan juga zon Eropah dikeluarkan sebentar tadi. Walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding jangkaan, namun kedua-dua data menunjukkan bacaan angka yang masih di bawah paras yang lemah berdasarkan petunjuk kesihatan ekonomi.

Para penganalisis pasaran kewangan akan berterusan menjangkakan kemerosotan pada ekonomi terbesar di zon Eropah tersebut. Hal ini menjadi salah satu faktor yang dibimbangi para pelabur.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta EUR/JPY, harga yang menyentuh paras ketinggian pada 120.00 yang turut diuji pada September lalu, kemudiannya menunjukkan penurunan semula dan bergerak mendatar sekitar 50 pips lebih rendah.

Pergerakan harga pada carta ini akan bertindak balas terhadap perkembangan sentimen rundingan dagang AS-China pada minggu ini dan jika rundingan kembali goyah, matawang safe-haven Yen dijangka akan kembali mendapat permintaan dan harga bakal terjun semula ke paras lebih rendah.

Penurunan dijangka akan menuju ke paras tumpuan pada 118.500 sebelum penurunan seterusnya berpotensi mencecah sehingga ke paras 117.500 atau zon support 117.100.

Namun jika harga terus melonjak melepasi paras resistance 120.00, pergerakan harga boleh mencapai 100 pips lagi kenaikan menguji paras resistance pada dagangan Julai lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat