EUR/USD Tercorot Ke Paras Terendah Terbaru 5 Minggu

183

Mengejutkan pasaran apabila US dolar kembali mempamerkan pengukuhan yang lebih ketara pada dagangan Khamis semalam. Apa sebenarnya yang terjadi?

Pelabur menilai semula minit mesyuarat FOMC yang sebelum ini dinilai lebih bernada dovish dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Pelabur mula melihat peluang untuk Fed meneruskan kenaikan kadar yang agresif selepas data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan sebelum ini juga memberangsangkan.

Disokong oleh kenyataan oleh pegawai Fed, Presiden Fed St. Louis, James Bullard menyatakan beliau cenderung menyokong kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas kali ketiga berturut-turut pada mesyuarat September.

Justeru, pergerakan harga pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD menyaksikan kejatuhan lebih rendah harga mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 100 pips semalam setelah pergerakan harga yang mendatar di atas paras sokongan 1.01600 sejak Rabu lalu.

Melepasi paras terendah 1.01200 yang dicecah pada Selasa lalu, penurunan harga sehingga penghujung sesi New York juga telah melepasi paras 1.0100 yang sebelum ini dijangka akan menjadi paras sokongan terbaru buat harga.

Bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat, harga berlegar perlahan di bawah paras 1.0100 itu dengan jangkaan untuk menyambung penurunan lebih rendah.

Sasaran selanjutnya harga dilihat akan kembali menuju ke zon support utama pada paras pariti 1.0000 yang pernah diuji pada dagangan Julai lalu.

Namun pelabur juga berwaspada sekiranya berlaku aktiviti profit taking pada kebiasaan dagangan di penghujung minggu yang boleh membuatkan harga melantun meningkat semula.

Kenaikan harga di atas paras 1.01000 akan menguji semula paras 1.01600 sebelum isyarat perubahan trend harga seterusnya akan mendorong harga ke paras rintangan 1.02400 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat