EUR/USD Akan Lebih ‘Bullish’ Memulakan Dagangan Oktober?

170

Mengimbas pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada minggu lalu, harga telah menunjukkan lantunan pada dagangan penghujung September menyaksikan US dolar bergerak lemah berbanding Euro.

Penganalisis berpandangan aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pemain pasaran sebelum memasuki pembukaan Oktober telah mendorong penyusutan ketara semula buat US dolar dan berkemungkinan situasi boleh berlarutan untuk tempoh lebih panjang.

Namun, US dolar kekal berpotensi untuk mengukuh semula pada bila-bila masa sahaja ekoran faktor fundamental yang menyokong raja mata wang berdasarkan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara mata wang Euro pula masih dibayangi oleh krisis tenaga yang berlarutan di Eropah. Pelabur akan menilai kesan pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan Jerman pada minggu lalu yang telah mencetuskan kenaikan positif nilai Euro di penutup September.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD masih dinilai untuk meneruskan trend bullish di mana harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut bersambung pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Bagi jangkaan kenaikan harga jika berjaya diteruskan, zon 0.99000 akan menjadi tumpuan setelah harga melonjak dari zon mendatar 0.98000.

Kenaikan lebih tinggi untuk mengekalkan trend bullish tersebut akan mendorong harga menuju sehingga ke zon pariti 1.0000.

Namun, jika harga mula membuat penurunan di bawah 0.98000 dan menembusi paras sokongan MA50, pelabur akan menjangkakan sebagai isyarat perubahan trend bearish buat pergerakan harga selanjutnya.

Penurunan harga bakal menuju ke sekitar 0.97000 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah menuju sasaran pada zon support 0.95500 yang telah mencatatkan zon terendah 2 tahun tersebut minggu lalu.

Pelabur akan memberi tumpuan pada data tinjauan sektor pembuatan Amerika Syarikat pada sesi New York sebentar lagi yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat