EUR/USD Akan Teruskan Siri Kenaikan Harga Minggu Lalu?

1,685

US dolar kekal dilihat sebagai dagangan berisiko pada minggu ini dengan beberapa data-data utama bakal diterbitkan seperti laporan pekerjaan NFP dan juga tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang telah melonjak secara mendadak pada bacaan minggu lalu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terpaksa membatalkan hasrat untuk membuka semula ekonomi Amerika dan ditangguhkan sehingga penghujung April disebabkan penularan wabak COVID-19 yang semakin buruk.

Amerika Syarikat memegang rekod kes jangkitan tertinggi melebihi 142,000 kes sementara angka kematian tertinggi adalah di Itali melebihi 10,000 kematian.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga masih mengekalkan corak trend bullish walaupun penurunan harga dipamerkan pada dagangan Jumaat lalu.

Harga membuat penurunan sekitar 120 pips menguji zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.1000 sebelum harga kembali melonjak hampir 200 pips menutup dagangan di paras tertinggi minggu lalu.

Memulakan dagangan pada awak minggu ini, harga pada carta EUR/USD membuat penurunan pada sesi Asia menguji semula zon SBR (support become resistance) sekitar 1.10700.

Namun harga dijangka akan kembali membuat kenaikan semula jika US dolar terus bergerak lemah dalam pasaran dan harga mengekalkan corak kenaikan sejak minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras sekitar 1.1200 untuk harga menguji zon SBR tersebut.

Kenaikan yang diteruskan akan menjadikan paras penting 1.1300 sebagai destinasi tumpuan yang seterusnya.

Namun jika harga kekal membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, penurunan akan menguji zon RBS sebelum ini di bawah 1.1000.

Seterusnya, paras 1.08800 dilihat sebagai tumpuan penurunan harga yang lebih rendah jika US dolar mampu mengukuh semula dan menekan matawang Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat