EUR/USD Akhirnya Berjaya Breakout Zon Resistance 1.13700

540

Menerusi analisis yang dikongsikan semalam berkenaan dagangan pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat menguji zon resistance pada paras 1.13700.

Namun, susulan daripada kenyataan dovish oleh Pengerusi FED, Powell yang telah melemahkan nilai matawang USD, harga telah mengambil kesempatan untuk menembusi zon resistance tersebut sebelum membuat kenaikan ke paras lebih tinggi dan mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru pada chart EUR/USD.

Dagangan pada hari ini pula menyaksikan harga pantul kembali membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.1378 untuk menguji zon resistance semalam.

Jika USD terus didagangkan lemah bersambung hingga sesi pasaran New York malam ini, harga berkemungkinan hanya membuat pembetulan harga (correction) sebelum menyambung semula kenaikan ke paras resistance pada indicator Moshed Magic Line.

Namun jika harga kembali bergerak lebih rendah semula dari paras 1.13700 sebelum ini, berkemungkinan harga akan turun menuju pula ke zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.13300 atau lebih rendah lagi ke paras 1.13000.

Lihat sendiri gambar chart EUR/USD berserta paras tumpuan yang telah digariskan untuk mendapatkan analisis yang lebih jelas.

Pantau juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line yang sering menjadi destinasi tarikan harga.

Paras support: 1.1354, 1.1320, 1.1296.

Paras resistance: 1.1411, 1.1435, 1.1469.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat