EUR/USD Bakal Melonjak Ke Paras Tertinggi 7 Minggu?

928

Matawang Euro kekalkan pengukuhan yang dipamerkan sejak awal minggu disokong oleh sentimen keyakinan ekonomi di zon Eropah yang mencatatkan bacaan memberangsangkan berbanding jangkaan yang lemah.

Sentimen keyakinan di Jerman tinjauan ZEW untuk bulai Mei kembali melonjak melepasi paras 50 mata yang menunjukkan pengembangan berbanding jangkaan rendah pada 30.0 mata selepas bacaan sebelumnya susut kepada 28.2 mata.

Sementara itu, cadangan dana pemulihan yang bernilai €500 bilion oleh Perancis dan Jerman telah memulihkan sentimen di Eropah.

Namun begitu, pengukuhan Euro kembali terhad selepas pelabur berwaspada dengan kenyataan oleh Menteri Kewangan Perancis yang menyatakan cadangan dana pemulihan tersebut berkemungkinan tidak akan dilaksanakan sehingga 2021.

Manakala US dolar kekal didagangkan lemah dalam pasaran berikutan sentimen risk-on pasaran sejak awal minggu ini menjejaskan matawang safe-haven.

Menyambung dagangan pada awal minggu, harga pada carta pasangan matawang EUR/USD meneruskan kenaikan semalam sekitar 70 pips hampir mencapai paras ketinggian 1.09800 namun momentum kenaikan dilihat semakin perlahan.

Harga juga mula menunjukkan penurunan pada sesi New York semalam dan menutup dagangan lebih rendah semula sekitar 1.09200.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga membuat kenaikan yang lemah pada sesi Asia sebelum mendatar di paras 1.09400 menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah.

Harga yang berjaya meneruskan kenaikan dijangka menuju zon resistance pada ketinggian 1.10000 selepas melepasi paras ketinggian yang dicapai semalam.

Kenaikan lebih tinggi dari paras resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu dagangan pada carta EUR/USD.

Namun jika harga membuat penurunan, paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) akan diuji sebelum harga menguji pula zon RBS (resistance become support) sekitar 1.09000.

Penurunan lebih rendah akan menuju paras tumpuan minggu sebelumnya seperti di paras 1.08300 dan zon support pada 1.07300.

Pelabur akan lebih berwaspada menjelang mesyuarat FOMC dan juga data-data ekonomi penting zon Eropah pada penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat