EUR/USD Bakal Susut Ke Paras $1.1800 Minggu Ini?

563

Pembukaan pasaran di awal minggu ini dilihat akan terus memihak kepada US dolar selepas raja mata wang itu berjaya menutup dagangan minggu lalu dengan kukuh disokong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS).

Hasil bon yang melonjak sehingga ke paras ketinggian mencecah 1.74% telah melenyapkan sentimen penyusutan US dolar sebelumnya susulan keputusan dovish mesyuarat FOMC.

US dolar kembali mengukuh berbanding beberapa mata wang utama lain dalam pasaran dengan mempamerkan prestasi cemerlang di penghujung minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang gagal mencapai paras 1.2000 pada lonjakan susulan mesyuarat FOMC telah membuat penurunan sehingga melepasi paras sokongan 1.19000 pada Jumaat lalu.

Harga dibuka lebih rendah pada permulaan sesi Asia hari ini dengan jangkaan harga bakal menyambung penurunan lebih rendah pada minggu ini.

Penurunan harga dijangka akan menguji paras sokongan di awal dagangan Mac sekitar 1.18300 sebelum penurunan seterusnya ke zon support 1.18000.

Namun jika harga berjaya melonjak melepasi semula halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD, akan memberikan isyarat perubahan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali menguji semula ke zon rintangan 1.2000 yang masih lagi gagal ditembusi harga beberapa kali sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat