EUR/USD Bakal Terjun Semula?

425

Sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko telah menjadi faktor pencetus kebangkitan semula US dolar pada dagangan Selasa semalam selepas pamerkan penyusutan pada permulaan dagangan awal minggu.

Pasaran Wall Street paparkan penurunan ketara pada indeks-indeks utama membuatkan pelabur mula berwaspada terhadap isyarat pasaran yang berisiko sekaligus meningkatkan semula tarikan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Situasi ini telah kembali memberikan tekanan semula kepada mata wang utama lain dalam pasaran yang telah meningkat pada awal minggu.

Namun, momentum pengukuhan US dolar berkemungkinan perlahan ekoran kejatuhan pada hasil perbendaharaan AS di bawah paras 1.60% semula.

Seperti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah berjaya meneruskan kenaikan sehingga zon resistance 1.20600-1.20900 untuk rekod ketinggian tertinggi 7 minggu.

Namun harga mula dilihat membuat penurunan di sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam lebih rendah dari zon tersebut.

Namun, penurunan harga masih disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberi isyarat harga berpotensi untuk menyambung kenaikan lebih tinggi.

Jika kenaikan diteruskan zon resistance 1.20900 perlu ditembusi sebelum harga menuju ke paras ketinggian terbaru jangkaan pada sekitar 1.21500.

Sebaliknya jika harga jatuh di bawah paras MA50, penurunan harga akan menguji zon RBS (resistance become support) terbaru pada 1.2000 untuk isyarat awal trend bearish.

Penurunan harga yang diteruskan bakal kembali menuju semula sehingga ke paras 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat