EUR/USD Bangkit Mencabar Rintangan $1.0800, Ini Reaksi Terhadap Minit FOMC!

177

Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam telah membuatkan US dolar alami penyusutan yang ketara.

Data pekerjaan ADP catatkan pertambahan yang lemah kembali tingkatkan jangkaan terhadap langkah pelonggaran dasar Federal Reserve (Fed).

Tekanan terhadap US dolar semakin meningkat apabila data tinjauan ISM yang menyusul pula menunjukkan sektor perkhidmatan AS menguncup dengan ketara pada Jun.

Namun, kejatuhan US dolar yang ketara itu dihadkan kembali apabila pasaran meneliti laporan minit mesyuarat FOMC dengan nada hawkish yang masih dikekalkan.

Justeru, dapat diperhatikan reaksi dan perjalanan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam yang mengujakan pelabur.

Pergerakan harga yang perlahan di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut di sesi Asia semalam telah membuatkan pelabur bersedia untuk trend bullish harga.

Kenaikan akhirnya berlaku dan harga berjaya atasi paras ketinggian awal minggu sebelum mencapai ke zon sasaran 1.08000.

Seperti dijangka penganalisis, reaksi menarik telah dipaparkan apabila harga yang menguji zon rintangan tersebut gagal untuk melanjutkan pendakian lebih tinggi.

Sebaliknya, harga muka berundur turun sedikit ketika minit mesyuarat FOMC mencuri tumpuan dan kekal perlahan di bawah zon 1.08000 sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Dengan momentum lonjakan semalam, masih ada potensi yang dilihat untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi jika berjaya berada di atas paras 1.08000 semula.

Untuk sasaran kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan menuju ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.09000.

Sebaliknya jika harga mula merudum jatuh semula, penurunan hingga melepasi garisan sokongan MA50 akan menjadi isyarat bahawa pergerakan bullish harga gagal untuk diteruskan.

Harga berkemungkinan akan kembali hampiri zon support sekitar 1.07000 yang menjadi tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat