EUR/USD Belum ‘Letih’ Mendaki, Bakal Ke Paras Lebih Tinggi

643

US dolar kekal bergerak lemah menuju dagangan penghujung minggu berikutan sentimen positif pasaran terhadap harapan vaksin di samping faktor pemulihan pada sentimen politik di Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan pelabur melepaskan dagangan safe-haven.

Pada data ekonomi tumpuan sesi New York semalam, tuntutan pengangguran AS yang dicatatkan meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan turut memberi sedikit tekanan terhadap mata wang US dolar.

Minit mesyuarat FOMC yang menjadi tumpuan pelabur di awal pagi ini pula dilihat memberi isyarat pelonggaran polisi akan diteruskan dengan cadangan tambahan pembelian aset untuk menyokong pemulihan ekonomi AS.

Dapat dilihat US dolar bergerak lemah berbanding mata wang utama lain dalam pasaran seperti dipaparkan pada carta pasangan utama EUR/USD.

Harga kekal menunjukkan corak kenaikan harga menuju penghujung minggu selepas penurunan drastik harga dipamerkan pada awal minggu ke paras sokongan 1.18000.

Pada dagangan Rabu semalam telah memperlihatkan kenaikan melepasi zon resistance 1.19000 walaupun terdapat penurunan sebentar harga dengan reaksi harga terhadap isu Brexit yang memberi tempias terhadap mata wang Euro.

Harga kekal meneruskan kenaikan di sesi New York sehingga bersambung pada dagangan di sesi Asia pagi ini.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju zon tumpuan 1.19500 untuk harga terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu.

Namun penganalisis berpendapat harga berkemungkinan akan membuat penurunan dahulu ke paras 1.19000 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum menyambung kenaikan semula.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan mencapai paras ketinggian pada resistance 1.20000.

Sekiranya harga terus turun lebih rendah di bawah zon RBS tersebut dan juga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga dan bakal memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan selanjutnya akan dijangka ke paras sokongan 1.18000 semula selepas paras tersebut dicecah pada penurunan awal minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat