EUR/USD Belum Mengalah Untuk Catat Paras Tertinggi 2 Tahun

390

Mata wang utama dalam pasaran kebanyakannya kembali bangkit untuk mencatatkan kenaikan berbanding US dolar sebelum dagangan tahun 2020 berakhir.

Euro turut tidak terlepas peluang untuk terus mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi terbaru lagi walaupun mata wang Eropah tersebut sebelum ini dibebani oleh peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang membimbangkan di Jerman khususnya.

Namun pada carta harga pada pasangan mata wang EUR/USD melihatkan harga terus membuat kenaikan semalam sehingga ke paras ketinggian 1.23000.

Paras tertinggi yang dicapai sejak April 2018 itu adalah didorong oleh sentimen positif pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang melemahkan US dolar.

Di samping pengagihan vaksin, pelabur juga yakin selepas Joe Biden mengambil alih pemerintahan pada Januari 2021, langkah rangsangan akan lebih diperhebatkan dan akan mendorong US dolar terus mengalami penyusutan nilai.

Trend harga pada carta EUR/USD masih menunjukkan harga akan membuat kenaikan lebih tinggi selepas melepasi paras tumpuan 1.23000.

Namun berwaspada jika berlaku penurunan semula harga. Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan memberi isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan harga akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.22500 sebelum ke zon RBS lebih rendah pada 1.21800.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat