EUR/USD Berjaya Catat 50 Pips Kenaikan Harian Di Awal Minggu

273

Dagangan awal minggu bagi US dolar dilihat agak suram apabila bergerak lemah berbanding kebanyakan mata wang utama sementara pelabur berwaspada menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Petunjuk oleh Federal Reserve (Fed) berkenaan langkah pengetatan polisi dengan mengurangkan pembelian bon ataupun mengekalkan polisi yang longgar, akan menentukan arah pergerakan pasaran seterusnya.

Sementara itu juga, perkembangan penularan jangkitan Covid-19 varian Delta terus dipantau setelah memberi isyarat pemulihan ekonomi global yang perlahan.

Ekoran prestasi merosot US dolar telah memberi ruang untuk Euro bergerak lebih baik walaupun data tinjauan perniagaan di Jerman mencatatkan angka bacaan menurun yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam.

Carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD pada Isnin melihatkan corak kenaikan harga semula mendaki perlahan sehingga melepasi paras 1.18000.

Kenaikan harian sekitar 50 pips itu dilihat kembali menguji paras ketinggian yang diuji harga pada minggu lalu.

Sekiranya harga berjaya mengekalkan corak kenaikan tersebut selepas mesyuarat FOMC, zon rintangan pada 1.19000 akan diuji selepas harga jatuh di bawah zon tersebut selama 3 minggu yang lalu.

Kenaikan lebih tinggi di atas zon tersebut kemudiannya akan mensasarkan paras rintangan tumpuan seterusnya pada ketinggian 1.2000.

Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras 1.18000, paras sokongan minggu lalu sekitar 1.17500 akan diuji sekali lagi.

Seterusnya, zon support pada 1.17000 akan menjadi tumpuan pada penurunan harga yang masih diteruskan untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak April.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat