EUR/USD Berkecamuk Di Sesi NY, Lonjak 70 Pips Sebelum Terjun Balik Ke $1.0700!

107

Pergerakan pasaran pada Rabu semalam rancak namun agak bercampur, khususnya memasuki ke dagangan sesi New York.

US dolar pada mulanya mula menunjukkan penyusutan namun berjaya meraih keuntungan semula menuju penutupan sesi.

Pelabur akan lebih berwaspada di penghujung minggu ini sementara menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Pandangan masih bercampur, namun majoriti menjangkakan Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras semasa.

Jika carta pasangan mata wang EUR/USD diteliti, harga pada mulanya bergerak susut ke paras sokongan 1.06700 sebelum mempamerkan lonjakan sehingga 70 pips menembusi paras 1.07000.

Ketinggian dicapai di sesi New York adalah pada 1.07400 sebelum harga kembali junam semula ke sekitar 1.07000 dan berlegar perlahan di sekitar tersebut sehingga sesi berakhir.

Data tuntutan faedah pengangguran AS yang akan diterbitkan hari ini berkemungkinan boleh memacu arah buat US dolar.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, ketinggian 1.07400 yang dicapai semalam akan cuba untuk dituju semula.

Melepasi tahap itu, harga bakal meneruskan kenaikan mencapai paras minggu lalu sekitar 1.07700 sebelum menguji zon rintangan pada 1.08000 pula.

Waspada sekiranya berlaku penurunan harga di mana paras sokongan semasa pada 1.06700 akan diuji sekali lagi.

Penurunan lebih rendah akan mensasarkan ke paras 1.06000 yang dilihat berpotensi menjadi zon support terbaru buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat