EUR/USD Berlegar Di Paras Terendah 20 Tahun Menjelang Laporan NFP AS

357

Selepas pamerkan pengukuhan sebelum ini, US dolar mula memperlahankan rentaknya dengan pergerakan lebih suram pada dagangan Khamis semalam sementara pelabur sedang berwaspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Pengukuhan US dolar yang disokong oleh sentimen hawkish kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) kembali terhad dengan perhatian terhadap data pekerjaan dengan kadar pertambahan pekerjaan AS untuk bulan Jun diramalkan sedikit menurun berbanding Mei.

Situasi ini dilihat sedikit mengurangkan tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkatkan semula berbanding US dolar.

Namun, Euro gagal memanfaatkan ruang tersebut ekoran tekanan ekonomi Eropah dengan industri tenaga dinilai akan semakin kritikal kesan krisis bersama Rusia.

Oleh sebab itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam dilihat masih mengekalkan corak penurunannya dan gagal untuk membuat kenaikan.

Kenaikan pada awalnya dilihat pada sesi Asia semalam ke paras 1.02200, namun harga menyambung semula penurunan ke zon support 1.01600 yang turut diuji pada dagangan Rabu lalu.

Pergerakan harga kekal dalam trend bearish dengan isyarat harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Dengan jangkaan untuk Euro kekal bergerak lemah berbanding US dolar, harga bakal turun lebih rendah lagi melepasi support 1.01600 dengan sasaran menuju pula ke paras sekitar 1.01000.

Mencecah paras tersebut akan merekodkan paras terendah terbaru 20 tahun lagi untuk carta EUR/USD.

Walaupun begitu, pelabur masih akan memantau kenyataan oleh Presiden European Cental Bank (ECB) Christine Lagarde yang sebelum ini telah memberi isyarat kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk mesyuarat polisi edisi Julai.

Justeru, jika Euro berjaya mengukuh semula, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan lonjakan semula harga dengan rintangan awal pada paras 1.02400 dilihat bakal diuji.

Memberi isyarat perubahan trend bullish, harga seterusnya akan meneruskan kenaikan menuju pula ke paras 1.03000 sebelum kenaikan lebih tinggi bakal kembali mencapai ke zon 1.04000.

Pelabur akan lebih berwaspada pada sesi dagangan terakhir untuk minggu ini dengan tumpuan utama akan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP AS.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat