EUR/USD Berlegar Di Zon $1.1600 Menjelang Terbitan Data Inflasi AS

405

Matawang USD pamerkan pergerakan yang bercampur setelah pelabur mengambil langkah berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan bahawa terbitan data inflasi AS tersebut bakal diterbitkan dengan bacaan memberangsangkan bagi bulan ke-2 berturut-turut.

Data indeks harga pengeluar (PPI) yang dikeluarkan dengan bacaan yang meningkat pada sesi New York semalam sama sekali boleh mendorong pelabur untuk menyaksikan peningkatan pada data inflasi malam ini pula.

Perkembangan bagi mata wang Eropah, kenyataan ahli penggubal polisi ECB, Klass Knot yang memberi petunjuk bahawa kadar faedah mungkin tidak akan dinaikkan sehingga 2022 dijangka akan mempengaruhi nilai Euro untuk terus lemah sehingga penghujung tahun.

Melihat kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga tampaknya bergerak sedikit agresif dengan pergerakan didorong oleh beberapa data yang bercampur pada sesi dagangan Selasa.

Penurunan itu telah pun menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) serta paras sekitar 1.15700 sebelum kembali melonjak untuk hampir tembusi paras 1.16000 pada sesi New York semalam.

Namun pergerakan harga masih lagi didagangkan di atas paras rintangan MA50 dan kekal berlegar di dalam zon SBR (support become resistance) 1.16000 bagi memberi bayangan trend bullish.

Jikalau kenaikan yang lebih garang berjaya dilakukan pada sesi dagangan hari ini (Rabu), pelabur mungkin akan melihat lonjakan untuk menguji zon rintangan dan paras tertinggi pada 1.17000.

Dalam masa yang sama, pelabur juga akan menilai reaksi pergerakan harga pada paras tersebut bagi mengeluarkan jangkaan sama ada harga bakal berupaya untuk kekal terbang atau pun sebaliknya.

Akan tetapi sekiranya harga kembali memapar terjunan bakal memperlihatkan penurunan ke paras terendah bagi 2021 sekitar 1.15135 sebelum kebarangkalian akan susut ke paras lebih rendah.

Penurunan yang ketara berkemungkinan akan mengatasi paras terendah berkenaan untuk memasuki zon sokongan 1.15000 dan dijangka mungkin bakal memberi isyarat awal perubahan trend.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat