EUR/USD Berlegar Di Zon Rintangan, Boleh Tembus Ke?

467

US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran pada minggu ini susulan sentimen risk-on pasaran yang menambah keyakinan pelabur di samping melemahkan dagangan safe-haven.

Pelabur masih meletakkan harapan terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan perkembangan perbincangan yang positif.

Di samping itu, perkembangan vaksin juga semakin baik dengan pengagihan peringkat awal vaksin Pfizer. Selain itu juga, vaksin Moderna telah disahkan tahap keberkesanan sehingga 94% dan bersedia untuk kegunaan kecemasan.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada awal minggu sehingga semalam masih bergerak pada zon resistance 1.21500-1.21800 yang masih belum berjaya ditembusi sejak minggu sebelum ini.

Penurunan harga pada awal sesi New York juga tidak berjaya diteruskan susulan penyusutan US dolar yang mendorong harga kembali semula ke zon resistance tersebut.

Sementara pergerakan selanjutnya harga dijangka turut akan didorong oleh data ekonomi Eropah yang akan diterbitkan pada hari ini.

Bacaan data yang positif bakal mendorong harga untuk bergerak lebih tinggi melepasi zon resistance sebelum ini dengan pergerakan harga masih di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut menyokong trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi dijangka menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.22500 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Namun jika harga menjunam dari zon resistance semasa, jangkaan awal terhadap trend bearish harga pada carta EUR/USD akan melihatkan harga menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.20900.

Penurunan lebih rendah akan kembali semula pada zon RBS utama pada 1.2000.

Pelabur juga akan berwaspada menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang bakal pengaruhi pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat